Info
Muat Turun Terkini
Blog Pimpinan
Pilihanraya
Muktamar Tahunan
Tetamu
Kami ada 31 tetamu atas talian| REVOLUSI RAKYAT 2013 Usaha Pakatan Rakyat (PR) Untuk Mengangkat Martabat Wanita Melalui Agenda Wanita Malaysia |
|
|
|
| Ditulis oleh Ketua Penerangan | |||
| MONDAY, 31 DECEMBER 2012 10:43 | |||
|
REVOLUSI RAKYAT 2013 Usaha Pakatan Rakyat (PR) Untuk Mengangkat Martabat Wanita Melalui Agenda Wanita Malaysia Oleh : Aiman Athirah Al Jundi Perjuangan memartabatkan wanita telah berlangsung sejak 1434 tahun yang lalu, ketika seorang Rasul Terakhir iaitu Muhammad SAW diutuskan kepada ummat dan rakyat. Falsafah “al takrim al Ilahi” yakni martabat kemuliaan manusia yang dijanjikan Tuhan itu telah merentas setiap dasar dan program di bawah Pentadbiran Nabi Muhammad SAW khususnya selepas tertegaknya Negara Islam pertama iaitu Madinah. Sangat jelas, Islam menentang diskriminasi gender yang sebelum itu terjadi dengan berleluasanya sehingga ke tahap membunuh setiap bayi perempuan bagi mengelak perasaan malu keluarga mereka pada hari kemudian. Ini kerana wanita pada ketika itu dilihat hanya merupakan “petanda sial”, simbol seks yang digarap dalam dua fenomena rencam dunia iaitu Eskpolitasi dan Manipulasi! Lebih 1400 tahun Islam memartabat dan seterusnya memberdayakan (empowerment) wanita dengan memelihara fitrahnya.
Ketika Islam ditinggalkan oleh mana-mana negarawan, politikus dan komunitas, maka dalam tamaddun mereka itu, tidak terkecuali Negara kita Malaysia, kita akan menyaksikan betapa wanita sekali lagi akan meniti getir hidup dalam dua fenomena jelik tadi iaitu Eksploitasi dan Manipulasi. “Dua sumpahan” yang seolahnya gagal dibendung, atau ternyata formula merawatnya adalah hanya dengan kembali kepada “Islamic Governance” atau Urus Tadbir dengan Nilai-nilai Islam, Rahmat kepada sekalian alam, sepertimana yang dilakukan oleh Nabi SAW seawal era Madinah dan seterusnya Empayar Islam di seluruh dunia. Untuk Malaysia (dulunya Persekutuan Tanah Melayu) khususnya era 50-an tidak dinafikan perjuangan memartabat dan memberdayakan wanita datang daripada semua pihak yang sedar dan insaf bahawa wanita itu diciptakan Allah dengan sebegitu mulia sekali. Pengiktirafan terhadap peranan dan tugas seorang wanita daripada pihak PAS misalnya telah bermula seawal penubuhan PAS dengan memastikan wujudnya sayap wanita parti yang dipanggil sebagai Dewan Muslimat PAS Pusat. Seterusnya, pengiktirafan PAS terhadap Wanita juga terserlah dalam Pilihan Raya Umum Negara yang pertama pada tahun 1959 bila mana PAS mencalonkan Puan Khadijah Sidek untuk kerusi Parlimen Dungun, Terengganu dan beliau menang di situ. PAS bukan sahaja menghantar wakil wanitanya di Dewan Rakyat tetapi juga di Dewan Negara Parlimen Malaysia iaitu Ustazah Salmah Shaikh Husain dalam tahun 60-an. Menunjukkan Gerakan Islam PAS ini tidak pernah mendiskriminasi wanita, hatta memberikan mereka peranan dalam pentadbiran Negara sejak awal penubuhannya. Kelompok kepimpinan wanita (Muslimat) dalam PAS ini hatta turut bersuara memperjuangkan isu-isu merakyat dan Negara termasuklah isu memilih Bunga Kebangsaan Malaysia yang suatu ketika pernah diutarakan oleh Puan Khadijah Sidek. Jika kita melihat daripada sudut naratif sejarah, Malaysia mula memperkenalkan Dasar Kebangsaan Untuk Wanita pada tahun 1985 sebagai panduan bagi penglibatan para wanita di dalam proses pembangunan Negara. Seterusnya diharap dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan Wanita dengan menangani dua cabaran utama ketika itu iaitu Pendidikan dan Penghapusan Kemiskinan. Status Wanita pula telah menjadi objektif utama Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995), di mana sebuah Dana Khas disediakan untuk perkembangan wanita dan telah menjadi satu langkah penting di dalam menuju ke arah pemberdayaan Wanita-Wanita di Malaysia. Seterusnya pada tahun 1995 kesan daripada Platform Beijing melalui Persidangan Sedunia PBB Untuk Wanita Kali Ke-4, Kerajaan Malaysia sebenarnya telah menjanjikan 4 perkara kepada Wanita Malaysia iaitu… 1) Meningkatkan Jentera Kebangsaan untuk kemajuan wanita ; 2) Meningkatkan penglibatan wanita dalam membuat keputusan ; 3) Mempertahankan serta melindungi hak-hak wanita kepada kesihatan, pendidikan serta kesejahteraan sosial ; dan 4) Mengatasi segala cabaran undang-undang serta amalan-amalan yang berunsur diskriminasi terhadap gender. Maksudnya usaha “empowerment” – pemberdayaan wanita dan penghapusan diskriminasi terhadap wanita telah menjadi tumpuan sejak 1995 itu oleh pihak Kerajaan yang ada. Hatta, CEDAW – Penghapusan Sebarang Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita juga telah diperkenalkan di Malaysia. Justeru apa perlu Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada 13 September 2012 yang lepas? Juga apa perlu Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia yang telah dilancarkan oleh Presiden PAS sempena Muktamar DMPP Kali Ke-52 pada 14 November 2012 yang lepas? Barangkali kegagalan melihat kewajaran AWM dan ABWM inilah yang menyebabkan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Wanita iaitu DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak melenting dan secara tergopoh gapah terus mengumumkan bahawa Malaysia sudah tidak lagi perlu kepada gerakan perjuangan wanita untuk menuntut hak dan seumpamanya. Menurutnya, semua itu telah diberikan oleh kerajaan Regim UMNO BN. Kenyataan paling kolot dalam abad ini! Ketua Wanita UMNO yang juga merupakan bekas Menteri Wanita iaitu DS Shahrizat Abdul Jalil turut melenting. Hatta sehingga terbawa-bawa ke dalam Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO dalam PAU 2012 baru-baru ini. Saya masih ingat akan kata-katanya bahawa Wanita PR terhegeh-hegeh perjuangkan apa yang selama ini Wanita UMNO telah perjuangkan! Ironi betul sikap mereka? Dalam pada kononnya memperjuangkan untuk memartabat serta memberdayakan wanita tetapi pada masa yang sama bersikap sangat sinikal dan seolah anti kepada usaha murni MPWPR yang hakikatnya juga diusahakan oleh sekumpulan wanita yang celik dan berdaya. Maka terserlah sungguh sikap dan pemahaman mereka yang dangkal terhadap makna martabat dan pemberdayaan wanita itu sendiri. Bukankah itu satu tindakan dan respon bodoh namanya? Sepatutnya hadapi revolusi minda Wanita PR melalui Tawaran AWM itu dengan juga Wanita UMNO BN kemukakan pula agenda asli mereka. Jangan hanya berselindung di sebalik idea hebat para penyumbang, pemikir daripada kalangan NGOs, ahli-ahli akademik dan individu hatta wakil parti-parti politik lain termasuk wakil-wakil daripada PAS dan DAP yang sebenarnya juga terlibat dalam merangka Dasar Wanita Malaysia dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Bahkan kita semua bersama dalam perjuangan menuntut wujudnya sebuah Kementerian khusus untuk Wanita. Hasil usaha seluruh warga dan kepimpinan Gerakan-Gerakan Wanita termasuk parti-parti politik pembangkang maka akhirnya kita telah berjaya memastikan wujudnya sebuah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dengan Menterinya diterajui oleh seorang wanita pada tahun 2001. Malangnya, hari ini ia telah berpindah tangan daripada Wanita kepada seorang Lelaki, walau ada yang usaha menutup kelemahan ini dengan berhujjah bahawa kononnya ianya satu penghormatan kepada wanita bila PM Najib sendiri menjadi Menteri Wanita dan mengambil berat hal-hal berkaitan wanita. Satu hujjah yang sangat dangkal, undur ke belakang dan manifestasi daripada ketidakfahaman UMNO BN terhadap maksud sebenar usaha pemartabatan dan pemberdayaan Wanita Malaysia. Jelas mereka sebenarnya tidak tahu, tidak faham dan tidak menguasai isu serta permasalahan sebenar berkaitan perjuangan wanita PR dalam mengemukakan Tawaran AWM ini kepada Wanita Malaysia. Sekurang-kurangnya ada 3 sebab mengapa kami yakni Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat (MPWPR) mengemukakan Tawaran AWM : 1. Menyedari bahawa isu-isu berkaitan Wanita tidak dijawab secara serius dan berkesan oleh pihak Kerajaan di dalam Persidangan Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Wujud budaya ambik mudah dan menjadikan agenda/ isu-isu wanita sebagai gurauan serta persendaan ; 2. Perancangan seperti Dasar Wanita dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita yang cantik tetapi tiada persegaran semula dan cantiknya hanya di atas kertas. Sedangkan dilihat di peringkat pelaksanaan, ianya sangat lemah dan seolah-olah tidak bermaya ; dan 3. Kerajaan Regim UMNO BN gagal membuktikan adanya kesungguhan dan keinginan politik untuk benar-benar memartabat dan memberdayakan wanita. Contoh mudah, dua fenomena jelik iaitu Eksploitasi dan Manipulasi Wanita masih terus berleluasa dalam pelbagai bidang! Malaysia tersenarai sebagai antara Negara utama berlakunya kes Pemerdagangan Manusia. Hanya 10.4% wanita di peringkat pembuat keputusan (Parlimen,Dewan Rakyat), ADUN Wanita 8% dan dalam Kabinet Malaysia purata 11.4% . Jawatan Menteri Wanita hatta dirampas! Ketiga-tiga faktor di atas sahaja saya kira cukup. Tidak perlu kepada huraian panjang lebar tentang bagaimana kegagalan UMNO BN dalam bidang-bidang yang lain khususnya dalam memastikan Kesejahteraan Sosial kaum wanita. Justeru, di atas segala kesedaran, keinsafan, “kerahiman” serta keprihatinan kami terhadap masa depan para Wanita Malaysia ; tanpa mengira keturunan, warna kulit, bahasa, agama hatta ideologi berpolitik mereka, maka kami majukan Tawaran AWM & ABWM kepada seluruh komunitas kaum Hawa. AWM dan ABWM adalah era baru dan penjenamaan semula perjuangan mengangkat martabat kaum wanita. Ianya dibawa dengan segala kesungguhan, “passion”, komitmen dan kesungguhan politik semua khususnya pemimpin-pemimpin utama Wanita Pakatan Rakyat untuk kita tegar dan sedar melakar sebuah masa depan baharu rakyat. Iltizam tinggi kita untuk mensejahterakan rakyat dan memakmurkan Negara. Menerusi AWM dan ABWM, kita pasakkan satu visi tertentu iaitu FALSAFAH HORMAT & MARTABAT Wanita Merentas Setiap Dasar Dan Program Negara. Revolusi kaum Hawa dengan memulakannya dari Tujuh (7) tuju tumpu yang kritikal, tujuan utamanya adalah pemberdayaan, “empowerment”. Konsepnya, berikan mereka pancing, umpan dan ilmu memancing! Agar yang susah, tidak hanya berakhir dengan semata-mata membelek pancingnya yang tanpa umpan, dan sebaliknya juga membelek umpannya sahaja tanpa pancing. Seterusnya mereka akan turut diajar akan Ilmu Memancing, agar tidak memancing di lautan dalam atau di kolam renang. Setelah semua langkah diambil, maka galakkan pula mereka untuk memperturunkan ilmu masing-masing . Jangan hanya diberikan BR1M semata-mata, selepas itu mereka hanya menunggu BR1M 2.0…kalau ada, ada…...BR1M 3.0 ……kalau ada, ada ; kalau tak ada? Konsep pentadbiran Regim BN yang memperbodoh-bodohkan rakyat hanya untuk meraih sokongan dan undi golongan yang malas berfikir akibat direncatkan oleh 55 tahun pentadbiran Regim UMNO BN yang memualkan! In shaa Allah Wanita yang telah Diberdayakan (dibantu,dilatih dan melatih) akan secara tidak langsung upaya bersama membantu Mensejahterakan Negara. Mereka akan menjadi asset diri, asset keluarga, asset tempat kerja, asset perjuangan dan seterusnya asset Negara. AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia 27 Disember 2012
|




