Dewan Muslimat PAS Pusat
KEMENANGAN CALON MUSLIMAT KETIGA DI PARLIMEN KOTA RAJA PDF Cetak Emel
Ditulis oleh aisyah   
SUNDAY, 09 MARCH 2008 17:12

Jutaan Tahniah daripada JITM kepada Dr. Siti Mariah Mahmud kerana berjaya memenagi kerusi parlimen Kota Raja. Tahniah sekali lagi.

 

 

 
Tazkirah : Antara (6) Kelebihan Hari Juma'at PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Unit dakwah & Islah DMPP   
FRIDAY, 18 NOVEMBER 2011 10:50

Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang...DUNIA & AKHIRAT!


1.    Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”


2.    Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s  diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, RasuluLlah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


3.    Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Ketua Penerangan   
WEDNESDAY, 09 JANUARY 2013 11:27
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Kes Keganasan Rumah Tangga Akan Berjaya Ditangani Secara Berkesan Andainya Rakyat Khususnya Wanita Menerima Tawaran PAS - Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia Dengan Cara Memastikan Kemenangan PAS/ PR Dalam PRU13

1. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sangat memandang serius akan beberapa kejadian penderaan yang dilakukan oleh seorang suami ke atas isterinya, termasuklah yang terbaru ini iaitu kes penderaan fizikal ke atas seorang ibu muda berusia 27 tahun, Anira Aziz  yang juga baru lepas melahirkan anak keduanya yang kini berusia 40 hari. Pengakuan beliau bahawa dirinya  sering dijadikan “punching bag” oleh suaminya, di samping bukti fizikal kesan lebam-lebam seluruh muka dan badan sewajarnya dapat dijadikan bukti jelas bahawa di sana sudahpun berlaku kes jenayah rumahtangga. Perbuatan “mengganasi” seorang isteri oleh suami walau apa jua alasan dan cara jelas dikutuk oleh Islam melalui penegasan baginda Nabi SAW sendiri.
 
LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Ketua Penerangan   
THURSDAY, 20 DECEMBER 2012 14:07
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA
Berhubung Isu “Amanat Haji Hadi”
 
1.      Apa yang disebut sebagai “Amanat Haji Hadi” ini sebenarnya adalah strategi jahat UMNO BN untuk memburuk-burukkan Presiden PAS sejak tahun 2001 (yang ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS)  dan kemuncaknya ketika DS Tuan Guru menjadi Menteri Besar Terengganu dengan cara cuba MEMPOTRETKAN DS Tuan Guru sebagai seorang yang “keras” (syadid) dan seorang yang suka menjatuhkan hukum ke atas orang atau pihak lain. Tujuannya jelas, untuk menimbulkan keraguan, ketakutan dan pra sangka buruk orang lain terhadap DS Tuan Guru yang seterusnya berniat untuk melemahkan PAS yang merupakan seteru (musuh) politik UMNO BN.
 
LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
Khairy, laksana apa yang dikata – Muslimat PAS PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Harakahdaily   
TUESDAY, 21 Mei 2013 09:35

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau mengucapkan tahniah kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang terpilih menyertai Kebinet Malaysia kali ini.  

Ketuanya, Norwani Ahmat (gambar) berkata, pihaknya memandang dan menyambut baik kenyatan Khairy sewaktu hari pertama tugasannya; “saya bukan Menteri Belia Barisan Nasional, saya Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri untuk semua”.

 

“Dan kami mengharapkan beliau mengungkapkan demikian adalah yang lahir daripada hati ikhlas,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

LAST_UPDATED2
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Halaman 1 dari 24

PAS Mail

E-mail PAS